
Zikir Selepas Solat
"Allahumma a'inni ala zikrika, wa shukrika, wa husni 'ibaadatik." "Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu." (Hadis Riwayat Ahmad)
Doa Memohon Ilmu Bermanfaat
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang baik diterima. (H.R. Ibnu Majah)
Gambarkan kepada mereka kelebihan golongan yang sentiasa menuju kepada masjid seperti hadis Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Beri berita gembiralah kepada yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” Riwayat Abu Daud (561)
Hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:
Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.” Riwayat al-Tirmizi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)
Niat yang ikhlas yang sentiasa ingin mencari keredhaan Allah apatah lagi dalam menguruskan pentadbiran Rumah Allah. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid. (Surah al-Bayyinah: 5)
(Surah al-Jin: 18)
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata.
