Daripada Ibn Umar RA
Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. [Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” Riwayat Muslim (1509)
Daripada Abu Hurairah :
Maksudnya :” Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik.” Riwayat Muslim (1556)
Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah ﷺ:
Maksudnya: “Dibina Islam atas lima perkara; penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu Utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa Ramadhan.” Riwatat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)
