“Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”
Riwayat al-Baihaqi (2550) dalam al-Syu'ab
“Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”
Riwayat al-Tirmizi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)
“Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.”
Riwayat Muslim (669)
” Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.”
Riwayat al-Baihaqi (1865) di dalam Syu’ab al-Iman
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."
Surah al-Zariyat: 56
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
Surah Al-Anfal: 27
“Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”
