
Dua rakaat fajar (sunat sebelum Subuh) itu adalah lebih baik daripada dunia dan segala seisinya.
Luruskan saf-saf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat.
Sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.
Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang (dari masjid), Allah SWT menyediakan baginya hidangan di syurga setiap kali dia pergi atau pulang.
Dan sedekah itu dapat memadamkan (menghapuskan) dosa sebagaimana air memadamkan api.
Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah SWT akan berselawat (merahmatinya) sebanyak sepuluh kali ganjaran.
Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya (diberkati kehidupannya), maka hendaklah dia menyambung silaturahim.
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.
Senyumanmu di hadapan saudaramu (sesama Muslim) adalah merupakan satu sedekah bagimu.
Solat berjemaah itu lebih afdhal (utama) daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat.
Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga seumpamanya.
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam.
